HONOR Magic V5 simbol keunggulan inovasi masa kini

HONOR Magic V5 simbol keunggulan inovasi masa kini

DALAM landskap teknologi mudah alih yang semakin kompetitif, HONOR mempertahankan gelarannya sebagai penyedia telefon pintar boleh lipat paling nipis menerusi HONOR Magic V5 yang memiliki ketebalan hanya 8.8 milimeter seberat 217 gram.

Kali ini, HONOR bukan sahaja menampilkan reka bentuk ternipis, malah memperkasakan model HONOR Magic V5 dengan pelbagai ciri termaju, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam industri.

Dengan mengekalkan harga generasi terdahulu iaitu RM6,999, HONOR Magic V5 membawa perubahan besar, menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang mementingkan nilai dan prestasi pada harga mesra dompet.

Rekaan nipis, prestasi menakjubkan

Di sebalik reka bentuknya yang anggun, peranti ini memiliki pelbagai ciri inovasi unggul yang membuktikan bahawa ‘nipis’ tidak semestinya ‘terhad’.

Antara inovasi yang diketengahkan HONOR kali ini adalah sistem penyejukan berasaskan ruang wap (Vapor Chamber Cooling System) berukuran 19,000mm².

Inovasi ini membantu mengekalkan prestasi optimum peranti walaupun ketika penggunaan berat seperti bermain permainan video secara berterusan.

Ia terbukti apabila berjaya mengurangkan masalah pemanasan melampau dan mengekalkan kestabilan prestasi prosesor sepanjang masa ketika diuji oleh jurutera HONOR.

Dari segi paparannya pula, HONOR Magic V5 hadir dengan paparan dalaman bersaiz 7.95 inci beresolusi tinggi (2,340×2,156) dengan tahap kecerahan maksimum 5,000 nits yang sesuai digunakan di kawasan bercahaya terang.

Selain itu, paparan HONOR Magic V5 juga didatangkan dengan kadar nyahkerdipan PWM ultra tinggi 4,320Hz yang memberikan perlindungan mata lebih tinggi berbanding standard industri.

Teknologi AI dipacu ekosistem Google

HONOR Magic V5 simbol keunggulan inovasi masa kini

Kerjasama rapat antara HONOR dengan Google turut menjadikan HONOR Magic V5 sebagai sebuah peranti pintar yang benar-benar memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutama bagi pengguna dengan gaya hidup korporat.

Ia dibuktikan menerusi fungsi pengecaman suara berasaskan AI yang bukan sahaja mampu membezakan suara individu, malah mencatat nota seperti minit mesyuarat secara automatik dan tersusun.

Menerusi ciri ini juga, pengguna boleh memberikan arahan suara bagi melakukan tugasan seperti menyusun jadual harian dengan mudah.

Bukan itu sahaja, teknologi AI pada HONOR Magic V5 juga mampu mengekstrak antara tiga hingga lima maklumat penting dan mencadangkan langkah susulan, mempertingkatkan kecekapan kerja ke tahap luar biasa.

Lebih menarik i, HONOR turut memperkenalkan fungsi tiga skrin berbilang inovatif yang membolehkan pengguna membuka tiga aplikasi serentak dalam satu paparan.

Sebagai contoh, pengguna boleh mencatat nota sambil berkomunikasi dengan rakan sekerja dan dalam masa sama menggunakan pembantu AI Gemini Live untuk menjadualkan tugasan.

Gabungan kamera, teknologi AI

Tidak terhenti di situ, HONOR Magic V5 juga berfungsi sebagai peranti yang memudahkan kehidupan harian. 

Sebagai contoh, pengguna boleh menggabungkan fungsi kamera dan teknologi AI bagi merancang susun atur ruang tamu, mendapatkan cadangan perabot mengikut keluasan ruang, serta melihat pratonton 3D sebelum membuat keputusan pembelian.

Ia justeru menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih imersif dan berinformasi.

Dari segi fotografi pula, HONOR Magic V5 dilengkapi sistem kamera utama 50MP dengan sensor besar 1/1.12 inci, lensa ultra-lebar 50MP dan lensa telefoto periskop 64MP yang dibina pada rekaan kamera setebal hanya 3.2mm.

Bateri tahan lebih lama

Dengan bateri silikon-karbon sebesar 5,820mAh, HONOR Magic V5 menawarkan ketahanan luar biasa sehingga 15 jam penggunaan berat dengan rangkaian 5G. 

Ia juga menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge yang mampu mencapai sehingga 50 peratus dalam hanya 15 minit.

Sebagai nilai tambah, peranti ini turut dilengkapi engsel titanium yang terbukti tahan lebih 500,000 lipatan bagi memastikan ketahanan jangka panjang. 

Simbol keunggulan inovasi masa kini

HONOR Magic V5 bukan sekadar telefon pintar boleh lipat, tetapi juga bukti  bagaimana inovasi kejuruteraan dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna boleh menghasilkan sebuah peranti yang benar-benar unggul.

Tersedia pada harga bermula RM6,999, pengguna boleh mula membuat pra-tempahan HONOR Magic V5 bermula 15 hingga 24 Julai 2025 di laman sesawang HONOR Malaysia.

Dapatkan juga hadiah istimewa bernilai sehingga RM3,497 termasuk jaminan perlindungan keretakan selama setahun, jaminan penjagaan kualiti selama dua tahun dan Harman Kardon Onyx Studio 9 atau rebat khas bernilai RM400 apabila menaik taraf kepada HONOR Magic V5.

Untuk maklumat lanjut dan pra-tempahan, layari laman sesawang HONOR Malaysia hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top