Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol berkata dia bertindak ‘unfollow’ semua wanita di media sosial miliknya demi menghormati perasaan kekasihnya, Ameera Khan.
Menerusi satu video di TikTok, Jefri berkata dia hanya mengikuti rakan sekerja senior sahaja di media sosial sekaligus menunjukkan komitmennya dalam hubungan mereka.
BACA: Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Dapat Restu Bapa
“Saya sudah unfollow semua wanita di media sosial kecuali teman kerja yang senior. Kerana saya mahu tunjukkan rasa hormat pada Ameera, jadi kenapa saya perlu follow perempuan lain,” katanya.
Terdahulu, Jefri berkata kekasihnya tidak mahu dia terlibat atau berlakon adegan ‘dewasa’. Jefri berkata dia menuruti permintaan Ameera. Katanya lebih baik jika dia tidak terlibat langsung dengan adegan berkenaan bersama pelakon wanita.