Hormati doa sebagai senjata agama, jangan guna demi agenda politik – Mohd Na’im

Hormati doa sebagai senjata agama, jangan guna demi agenda politik – Mohd Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan bahawa doa tidak seharusnya dijadikan alat politik yang boleh mencetuskan perpecahan dan ekstremisme.

Beliau melahirkan rasa amat kesal terhadap tindakan seorang ahli politik yang didakwa menyalahgunakan doa dalam satu perhimpunan awam di ibu negara baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Doa merupakan senjata utama orang mukmin dan menjadi penghubung penting antara hamba dengan Allah SWT dari segi rohaniah.
“Ia perlu digunakan secara beradab, bukan dimanipulasi untuk kepentingan tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Hormati doa sebagai senjata agama

Menurut Mohd Na’im, doa yang dibacakan secara terbuka itu bukan sahaja tidak selari dengan prinsip Islam, malah mengandungi unsur yang boleh memecahbelahkan hubungan sesama umat serta menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan negara.

Artikel lain: Pembangkang pilih perlekeh, bukan bangga kejayaan diplomatik negara – Kamil

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam agar lebih berwaspada terhadap mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan doa demi kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus komited memperkukuh kefahaman Islam berteraskan prinsip kesederhanaan, memperkasa syiar Islam serta membanteras fahaman ekstrem dan radikal yang mengancam perpaduan serta keharmonian negara,” katanya lagi.

Sumber: FB Dato’ Setia Dr. Naim

Scroll to Top