Hormati strategi Pan-gon – Mohd Azraai

Hormati strategi Pan-gon – Mohd Azraai

Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan dalam menghadapi Piala Asia 2023 di Universiti Qatar pada Rabu. Foto Bernama

PEMINAT bola sepak tanah air perlu menghormati dan percaya dengan strategi direncanakan pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon pada kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.

Bekas pengendali Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, beliau tidak sesekali mempertikaikan taktikal diatur jurulatih kelahiran Korea Selatan itu kerana ia melanggar etika seorang jurulatih.

“Beliau (Pan-gon) ada caranya tersendiri. Sebagai seorang jurulatih, bukan etika kita nak ulas taktikal jurulatih lain. Itu pendirian saya untuk tidak menyentuh taktikal yang digunakan jurulatih lain. Kita perlu hormati (strategi Pan-gon),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Taktikal digunakan Pan-gon ketika menentang Jordan pada aksi pertama Kumpulan E yang menyaksikan skuad negara tumpas 0-4 itu, menjadi bualan dan kritikan hangat peminat bola sepak tempatan.

Scroll to Top