Hot FM Terima ‘Gold’ Di Putra Aria Brand Awards 2024

Hot FM Terima ‘Gold’ Di Putra Aria Brand Awards 2024

Hot FM dengan penuh rasa bangga memulakan tahun baru 2025 dengan menerima penghormatan berprestij di Putra Aria Brand Awards 2024 dalam kategori “Media Networks”. Acara anugerah tersebut berlangsung pada 16 Januari 2025 lalu di Grand Ballroom, Majestic Hotel, Kuala Lumpur, ini menjadi bukti kejayaan Hot FM dalam terus menyediakan kandungan berkualiti untuk para pendengar setia.

Dalam majlis tersebut, Hot FM telah dianugerahkan “Gold” bagi kategori Media Networks, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai jenama media yang dipercayai dan dihargai di Malaysia.

Pengiktirafan ini turut melengkapkan pencapaian luar biasa Hot FM pada November 2024 melalui kempen inovatif “Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu”. Ekspedisi ini mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada 15 November 2024. Siaran langsung selama 24 jam tanpa henti sepanjang pendakian Gunung Kinabalu membuktikan kemampuan Hot FM untuk menggabungkan cabaran fizikal dengan inovasi media, mencipta pengalaman unik untuk peminat.

Pengarah Kandungan Rangkaian Hot FM, Raja Nadia, menyatakan bahawa penghargaan di Putra Aria Brand Awards 2024 ini mencerminkan usaha keras seluruh pasukan Hot FM serta sokongan kukuh daripada peminat. “Sokongan berterusan daripada para pendengar adalah kunci utama kejayaan kami untuk terus diterima dan mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan nombor satu di Malaysia. Kami amat berterima kasih kepada semua peminat dan rakan kerjasama yang sentiasa bersama kami dalam setiap langkah perjalanan ini,” katanya.

Scroll to Top