Howe belum selamat walaupun Newcastle juara Piala Liga

Howe belum selamat walaupun Newcastle juara Piala Liga

London: Eddie Howe diberitahu dia masih boleh dipecat oleh Newcastle United walaupun menjuarai Piala Liga, semalam.

Howe membawa Newcastle meraih kejuaraan utama kali pertama dalam tempoh 70 tahun selepas menewaskan Liverpool 2-1 di Stadium Wembley.

Jaringan Dan Burn dan Alexander Isak sudah cukup untuk menambah derita Liverpool yang sebelum ini tewas di tangan PSG dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun Howe membawa trofi untuk Newcastle, Simon Jordan mempersoalkan kedudukan jangka panjangnya di kelab itu.

Jordan yang pernah menjadi pengerusi Crystal Palace merujuk kepada cita-cita besar pemilik Newcastle dari Arab Saudi yang lebih menyasarkan gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

“Persepsi saya ialah Eddie mungkin sangat berharga dan berhak diberi ganjaran atas apa dilakukan di Newcastle, kelab yang bagus dan sangat kompetitif di Liga Perdana serta menarik perhatian penonton,” kata Jordan.

“Tetapi adakah dia mampu memenuhi hasrat pemilik dari Arab? Dia mungkin menjadi mangsa dan terpaksa mengetuk pintu keluar tdalam tempoh 18 bulan lagi.”

Howe mengendalikan tugas di St James’ Park sejak November 2021 selepas Steve Bruce dipecat. Selepas meraih trofi Liga Inggeris, dia kini berusaha memastikan Newcastle layak ke saingan kelayakan Liga Juara-Juara tetapi pada masa sama turut dihantui dengan pemecatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top