Hubungan cinta dengan Nedim Nazri berakhir? Nadia Brian pilih kunci mulut – “Malu nak cerita hal peribadi”

Hubungan cinta dengan Nedim Nazri berakhir? Nadia Brian pilih kunci mulut – “Malu nak cerita hal peribadi”

Pelakon Nadia Brian tampil memberikan penjelasan mengenai status hubungannya dengan usahawan Nedim Nazri selepas timbul dakwaan mengatakan mereka tidak lagi bersama.

Malu nak cerita hal peribadi

nadia brian Malu nak cerita hal peribadi

Memetik laporan mStar, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata hubungan mereka sebenarnya masih baik seperti biasa, cuma kini sedang berada dalam fasa merajuk.

“Biasalah, kita perempuan, kadang-kadang begitu. Kami pun baru saja dalam fasa perkenalan.
“Tiada apa yang perlu diperkatakan sebab hubungan kami masih baru, masing-masing pun sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Semua okay sahaja. Bagi saya kita fokus apa yang penting seperti kerja dan keluarga. Sudah tentu kita nak yang baik-baik jadi doa yang baik-baik,” katanya di Serai Hall, KLGCC, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nadia mengakui dia berasa sedikit segan untuk mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Nedim kerana menganggap perkara tersebut terlalu peribadi.

“Kalau perihal peribadi, kita malulah sebenarnya nak bercerita dan kongsi untuk mendapatkan cerita, saya bukan macam itu.
“Bab hubungan ini adalah perkara peribadi. Tapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita, jadi saya berterima kasih.
“Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi,” tambahnya lagi.

Artikel lain:Nedim Nazri tiada duit? Fitnah! Nadia Brian nafi tanggung kekasih -“Kelakarlah..”

Untuk rekod, hubungan Nadia dan Nedim mula menjadi perhatian sejak hujung tahun lalu selepas kedua-duanya dilihat saling mempamerkan kemesraan di Instagram.

Dalam perkembangan lain, Nadia kini membintangi drama Hening Cinta bersama Mimi Lana dan Kamal Adli yang disiarkan di platform penstriman Viu.

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)

Scroll to Top