Hubungan Makin Serius! Jefri Nichol Luang Masa Dengan Keluarga Ameera Khan, Empunya Badan Respons – “Saya Suka Menjalani Hidup Ini Dengan Awak”

Hubungan Makin Serius! Jefri Nichol Luang Masa Dengan Keluarga Ameera Khan, Empunya Badan Respons – “Saya Suka Menjalani Hidup Ini Dengan Awak”

Pasangan popular, Jefri Nichol dan Ameera Khan dilihat semakin serius apabila aktor popular Indonesia itu datang ke Malaysia bertemu kekasihnya.

Menerusi perkongsian foto dan video tular di TikTok, Jefri kelihatan sempat bertemu dan menghabiskan masanya bersama ahli keluarga Ameera termasuklah bersama kakak dan anak buahnya.

Malah, pasangan ini dilihat sempat melakukan aktiviti santai bersama seperti bermain pickle ball.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa itu turut memuat naik hantaran memperlihatkan momen manisnya bersama Jefri Nichol.

“Saya suka menjalani hidup ini dengan awak,” tulisnya.

 

 

Scroll to Top