am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Aliran trafik di sekitar pusat bandar terutama di kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sesak teruk susulan hujan lebat sejak 5 petang, hari ini.
Kenderaan yang melalui persimpangan lampu isyarat dari arah Bukit Nanas menuju ke arah Ampang didapati tidak bergerak sejak 6 petang hingga menghampiri 8 malam.
Situasi bertambah buruk dengan pertambahan kenderaan dari arah Jalan P Ramlee serta dari arah Jalan Yap Kwan Seng.
Selain itu, ratusan kenderaan yang keluar dari kawasan tempat letak kereta berbayar dan bangunan berhampiran sekitar KLCC turut dikesan tersangkut disebabkan laluan utama sesak.
Pada masa sama, kenderaan yang melalui hadapan KLCC di Wisma Getah tidak bergerak selama hampir setengah jam berdasarkan rakaman video dan gambar dikongsikan orang awam di media sosial.
Situasi sama turut dikesan di Jalan Tun Razak membabitkan kedua-dua arah iaitu dari Sungai Besi dan Jalan Pahang, selain di Lebuhraya Bertingkat Kuala Lumpur-Ampang (AKLEH) yang trafiknya bergerak perlahan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
