harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan berikutan jalan basah akibat hujan setakat 3 petang.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook berkata, trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara dari Hospital Sungai Buloh ke Rawang.
Trafik turut perlahan dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung, Slim River ke Sungkai, Gopeng ke Simpang Pulai, Persimpangan Juru ke Perai dan Persimpangan Sungai Dua ke Plaza Tol Sungai Dua.
Lebuh raya PLUS arah Selatan pula bergerak perlahan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Permatang Pauh ke Perai, Kuala Kangsar ke Sungai Perak, Sungai Buaya ke Rawang.
LLM melaporkan keadaan trafik bergerak perlahan dari Senai ke Sedenak, hentian Sebelah Senawang ke Seremban dan dari Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.
Katanya, situasi sama berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah Selatan dari Bandar Saujana Putra ke Bandar Gamuda Cove dan Bandar Serenia ke persimpangan Nilai Utara.
Sementara itu laluan ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi, Lentang ke Bentong.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dilaporkan bergerak perlahan ke arah Timur dari Sri Jaya ke Gambang berikutan lorong kanan terhalang akibat kemalangan di KM 206.7.
© New Straits Times Press (M) Bhd




