Hujan lebat jejas perlawanan Kelantan United, Negeri Sembilan

Hujan lebat jejas perlawanan Kelantan United, Negeri Sembilan

Hujan lebat di Stadium Muhammad IV menyebabkan air bertakung.

PERLAWANAN Liga Super membabitkan Kelantan United FC (KUFC) menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu malam Jumaat masih belum dapat dilangsungkan susulan hujan lebat.

Hujan lebat sejak lewat petang menyebabkan air bertakung di padang dan merencatkan sesi perlawanan dua pasukan berkenaan.

Perlawanan dua pasukan itu sepatutnya dimulakan pada jam 9 malam.

Perbincangan di antara pengurusan perlawanan dan ketua jurulatih dilihat kira-kira jam 9.30 malam.