Hukum Menggabungkan Niat Mandi Hadas Untuk Dua Hadas Yang Berbeza – Hijabista

Hukum Menggabungkan Niat Mandi Hadas Untuk Dua Hadas Yang Berbeza – Hijabista

Mandi wajib atau mandi hadas merupakan cara untuk menghilangkan hadas besar. Niat mandi wajib menjadi rukun dalam menyucikan diri. Tanpa niat mandi wajib, hadas besar belum dianggap hilang. Niat mandi wajiblah yang membezakannya dengan mandi biasa.

Mandi wajib adalah cara bersuci dengan menuangkan air ke seluruh badan dengan tata cara tertentu untuk menghilangkan hadas besar. Hukum mandi wajib adalah wajib ketika lelaki dan wanita dalam keadaan hadas besar.

Photo by leah-kelley from Pexels.

Mandi wajib berbeza dengan mandi biasa. Ini sesuai dengan ayat Al Qur’an yang berbunyi:

Allah SWT berfirman,

“Dan jika kamu junub, maka mandilah.” (QS. Al Maidah: 6).

SOALAN:

Adakah boleh disekalikan mandi wiladah dan nifas iaitu dilakukan ketika darah nifas sudah kering. Bagaimana dengan lafaz niat tersebut?

JAWAPAN:

Timbul polemik mengenai seseorang perempuan yang mengalami dua atau lebih hadas besar dalam satu masa, apakah boleh diniatkan sekali dan adakah terangkat mandi wajib untuk hadas-hadas besar yang dialaminya.

Photo by karolina-grabowska from Pexels.

Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid. Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorang itu masih dalam haid.

Begitu juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesa barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas.

Beberapa cara yang boleh diaplikasikan, antaranya:

  1. Meniatkan setiap hadas besar yang diaalami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali.

“Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub.”

2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.

“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya.”

Photo by sachith-hettigodage from Pexels.

Kesimpulannya, menurut ulama Fekah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi.

والله أعلم وأحكم

Sumber kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by pixabay from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.