hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Hutan di kawasan seluas dua ekar di Puncak Jalil, Seri Kembangan di sini sekali lagi dilaporkan terbakar.
Kejadian yang berlaku di kawasan PUJ 2/24, Taman Puncak Jalil itu bagaimanapun setakat ini tidak melibatkan sebarang mangsa atau kerosakan struktur.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.40 malam.
Menurutnya, jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan tiba di lokasi untuk memulakan operasi pemadaman.
“Operasi mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit dengan anggaran keluasan kira-kira dua ekar.
“Dua jentera dari BBP Bukit Jalil dan Seri Petaling turut dikerahkan bagi memberi bantuan operasi pemadaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kerja-kerja pemadaman kini sedang giat dijalankan.
Pada 12 Mac lalu, kawasan hutan ini turtut dilaporkan terbabkar membabitkan keluasan tiga ekar.
© New Straits Times Press (M) Bhd




