am@hmetro.com.my
Jitra: Polis menerima sebanyak 35 laporan berkaitan wanita terbabit dengan hutang duit kutu yang membabitkan keseluruhan kerugian sebanyak RM1.7 juta.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kesemua laporan itu dibuat oleh mangsa yang berusia antara 23 hingga 53 tahun.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan, tiga beranak dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.
Berikutan itu, bapa wanita terbabit yang berusia 62 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam Isnin lalu selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya itu.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada jam 1.50 pagi Khamis lalu dan direman empat hari yang berakhir hari ini.
Namun tempoh reman pasangan suami isteri berusia 39 dan 36 tahun itu disambung dua hari lagi bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung hutang duit kutu.
Berita berkaitan:
Hutang kutu: Suami isteri disambung reman 2 hari lagi
Hutang kutu: Suami isteri direman 4 hari bantu siasatan
Suami isteri hilang akibat hutang, serah diri, dijangka direman pagi ini
Kes tiga beranak hilang: Mangsa kutu tampil dakwa rugi RM25,000
Isu hutang kutu dipercayai punca tiga beranak hilang – PolisIsu hutang kutu dipercayai punca tiga beranak hilang – Polis
© New Straits Times Press (M) Bhd
