Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keras dakwaan pembangkang bahawa kerajaan kini membuat pinjaman baharu sehingga menambah hutang negara.
Hutang negara meningkat disebabkan beban faedah hutang lama
Memetik laporan daripada Buletin TV3, beliau menjelaskan peningkatan hutang negara itu sebaliknya berpunca daripada beban faedah hutang lama yang diwarisi, manakala rekod jelas menunjukkan hutang baharu sebenarnya berkurangan.
āApa yang menjadi isu kerana sesetengah rakan di sebelah saya (pembangkang) kata hutang bertambah.
āTidak benar. Hutang baharu kerajaan itu kurang. Saya sudah baca banyak kali iaitu hutang daripada RM100 bilion, turun kepada RM90 bilion, turun RM80 bilion, turun RM70 bilion. Itu yang kita lakukan.
āTetapi hutang keseluruhan dengan bunga (faedah), barulah dia berkembang. Jadi janganlah kata kerajaan sekarang (buat) hutang baharu. Tidak betul,ā katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Negara hari ini.
Kerajaan Madani berusaha turunkan hutang negara
Anwar turut menegaskan kerajaan MADANI komited mengurangkan defisit fiskal meskipun ia sering dijadikan polemik politik.
Katanya, defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 5.6 peratus kepada 4.1 peratus, dan diunjurkan terus susut kepada 3.8 peratus tahun depan.
āIni kerajaan MADANI yang pertama cuba menurunkan defisit fiskal dan hutang baharu walaupun ia menjadi polemik politik.
āMengapa kita harus turunkan? Kalau tidak turunkan, hutang membengkak.
āJadi sebab itu defisit ini harus dikurangkan. Jadi kita sudah kurangkan daripada 5.6 peratus, lima peratus, 4.8 peratus dan sekarang kita unjurkan 3.8 peratus tahun depan dan berikutnya terus turun.
āSelagi defisit itu ada, hutang jumlah keseluruhan akan bertambah,ā jelasnya.
Artikel lain: PM Anwar bidas pembangkang, minta tak nafikan usaha kerajaan hanya kerana politik
Beliau memaklumkan sasaran lima tahun akan datang adalah menurunkan defisit fiskal kepada tiga peratus selain memastikan paras hutang kekal di bawah 60 peratus berbanding KDNK.
Katanya lagi, kerajaan turut menyasarkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat kepada RM77,200 menjelang tahun 2030, sekali gus melepasi ambang negara berpendapatan tinggi.
Melalui RMK13, kerajaan juga akan melaksanakan Reformasi Pengurusan Projek dan Fiskal dengan meminimumkan perbelanjaan tidak mendesak bagi mencapai defisit fiskal di bawah tiga peratus menjelang 2030.
Sumber: Buletin TV3Ā