Kuala Lumpur: Pelakon, Datuk Aaron Aziz tidak mahu lebih ramai yang menjadi mangsa penipuan sebuah agensi umrah yang pernah bekerjasama dengannya.
Dalam hantaran di Instagram, Aaron yang mendakwa dipersalahkan beberapa pihak atas alasan ‘menutup sumber rezeki’ memuat naik beberapa bukti tangkap layar komen mangsa lain.
“Kepada staf-staf dan kawan-kawan syarikat agensi ini yang mengatakan hantaran saya menutup sumber rezeki mereka, saya tidak mahu orang berdaftar dan dianiayai.
“Jadi, inilah keadaannya. Kalau saya bersuara, berapa ramai lagi yang akan diperlakukan sedemikian?” tulisnya.
Terdahulu, Aaron memuat naik hantaran di Instagramnya meluahkan mengenai kerugian yang ditanggungnya sebanyak RM65,000.
“Buat syarikat terbabit, hutang saya sebanyak RM65,000 masih belum selesai lagi. Saya dah hubungi, tak jawab. Mesej, tak balas.
“Awak hilangkan diri. Jadi, tolong selesaikan hutang saya secepat mungkin ataupun berhubung dengan saya. Jangan ‘matikan’ diri. RM65,000 belum dibayar,” katanya.
Dalam hantaran sama, Aaron turut berkongsi mengenai bagaimana dia terpaksa menggunakan duit yuran persekolahan anaknya bagi membantu syarikat itu.
“Saya guna duit yuran sekolah anak saya yang akan ke Amerika, Ogos ini. Siapa nak bayar? Dah tolong, tapi macam ini akibatnya. Nantikan surat dari peguam saya.
“Kontrak dan tandatangan untuk membuat bayaran secara ansuran, tapi tidak amanahkan pembayaran,” tulisnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




