kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: HWC COFFEE melancarkan kempen komuniti ConnectKL sepanjang Julai ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk berhubung semula dengan keluarga, rakan dan komuniti melalui detik kebersamaan sambil menikmati secawan kopi.
Ketua Pegawai Eksekutif HWC COFFEE, Zenda Ng berkata, ConnectKL dilancarkan berikutan gaya hidup masyarakat yang semakin sibuk sehingga lebih banyak masa dihabiskan di hadapan skrin berbanding berinteraksi secara bersemuka.
Menurutnya, HWC COFFEE percaya secawan kopi bukan sekadar minuman, malah medium yang mampu mengeratkan hubungan antara manusia dalam kehidupan seharian.
“Melalui ConnectKL, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengambil 10 minit yang bermakna untuk mengetepikan telefon bimbit, berhubung semula dengan insan tersayang dan menghargai detik-detik kecil yang paling bermakna dalam kehidupan,” katanya ketika majlis pelancaran kempen itu di sini, baru-baru ini.
Hadir merasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Zenda berkata, sebagai sebahagian daripada inisiatif berkenaan, HWC COFFEE turut memperuntukkan lebih RM350,000 bagi mengagihkan HWC Bakery dan Brownie Crisp secara percuma sepanjang Julai.
Kempen yang berlangsung dari 2 hingga 31 Julai itu turut menawarkan kepada pelanggan yang membeli mana-mana ‘handcrafted beverage’ sebelum jam 3 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat di cawangan HWC COFFEE terpilih di sekitar Lembah Klang serta akan menerima satu HWC Bakery atau satu pek Brownie Crisp secara percuma, selagi stok masih ada.
Beliau berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan menggalakkan penyertaan dalam ConnectKL, malah mencerminkan komitmen syarikat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pendekatan yang mudah dan bermakna.
“Kami berharap pemberian bakeri percuma ini dapat menggalakkan orang ramai mengajak seseorang menikmati kopi bersama, berkongsi juadah dan meluangkan masa berkualiti.
“Pada masa sama, kami berharap ConnectKL mampu mencetuskan lebih banyak detik kebaikan, hubungan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Hannah berkata, usaha seperti ConnectKL mampu membantu membina komuniti bandar yang lebih erat melalui interaksi harian yang ringkas tetapi memberi impak positif.
“Membina Kuala Lumpur yang lebih baik bukan sekadar mengenai infrastruktur, tetapi juga mewujudkan lebih banyak peluang untuk orang ramai berhubung, mengukuhkan komuniti dan meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




