“Hybrid Bro, Nak Healing Boleh, Nak Grind Pun Boleh” – Pemandu Lalamove Kongsi Kenapa Ramai Patut Guna Servis Penghantaran Mereka | Branded – Oh! Media

“Hybrid Bro, Nak Healing Boleh, Nak Grind Pun Boleh” – Pemandu Lalamove Kongsi Kenapa Ramai Patut Guna Servis Penghantaran Mereka | Branded – Oh! Media

“Tahu ni last minute request, tapi boleh ke kalau nak delivery infaq ke masjid…”

Abang-abang, akak-akak delivery, okay tak tu? Maklumlah, bulan Ramadan dan Raya ni, boleh dikatakan pesanan penghantaran tu memang tak rileks! 

Waktu-waktu macam ni lah orang-orang yang meniaga kuih raya, baju raya dan perabot nak menggunakan khidmat penghantaran. 

Itu belum termasuk penghantaran dalam jumlah besar untuk infaq dan sedekah makanan ke masjid, surau atau rumah anak yatim untuk majlis berbuka. 

Ada juga yang last minute request minta tolong hantar barang secepat mungkin sebab untuk kegunaan urgent. Kalau diikutkan, tak semua akan ambil job last minute ni betul tak?

Tapi, kalau korang dengar jawapan daripada pemandu Lalamove dalam video ni, confirm korang tak akan cari pemandu lain. 

Last Minute Pun Boleh Jalan

Daripada video tersebut, korang dah boleh nilai sendiri yang abang ni memang seronok kerja sebagai pemandu Lalamove. 

Mana taknya, bila ditanya kelebihan kerja Lalamove, abang tu dengan yakin jawab “Job boleh pilih sendiri, fleksibel, nak healing boleh, nak grind pun boleh, tak ada hal”.

Kalau kekurangan pula, dia menjawab “semua okay je, so far so good”. YAKIN, ini yang kita mahukan!

Dua jawapan ini dah cukup membuktikan yang kerja sebagai pemandu Lalamove ni memang fleksibel, semua atas pilihan sendiri. 

Nak push diri hantar barangan untuk Ramadan dan Raya, boleh, nak berhenti sekejap dan fokus ibadah pun boleh. Mudah!

Paling penting, kerja boleh hybrid. Sebab itulah, dia boleh join podcast dengan KJ dan Shahril dan jadi talent dalam muzik video.

Lebih mengejutkan, abang ni siap kata “Kalau barang banyak ke sikit, pilih je kenderaan. Ramadan Raya ni, last minute pun boleh jalan”. 

Tak Kira Besar atau Kecil, Lalamove Boleh Settlekan!

Sejujurnya, bulan ini mungkin akan sedikit sibuk untuk semua orang, tapi kalau kita amati betul-betul, bulan Ramadan inilah satu-satunya masa untuk kita bermuhasabah diri, mensyukuri nikmat dan berkongsi rezeki. 

Jadi, bersempena bulan mulia ini, biar Lalamove tolong korang dalam menghantar barangan tak kira persiapan untuk Ramadan dan Raya. 

Dengan penghantaran pantas, pada harga berpatutan dan boleh dipercayai, Lalamove dapat menjimatkan masa korang. 

Yang paling penting mengurangkan beban supaya korang boleh fokus dengan keluarga, ibadah dan detik-detik bermakna. 

Alang-alang tu, apa kata korang muat turun aplikasi Lalamove sekarang dan gunakan kod promo LAREZEKI untuk menikmati diskaun penghantaran sehingga 30%. Cepat muat turun sekarang!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lalamove, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok untuk update terkini.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top