Walaupun dihimpit kontroversi susulan tindakannya didakwa menunjukkan isyarat tangan ‘L’ (loser) kepada El RUmi dalam sebuah acara tinju baru-baru ini, personaliti media sosial, Noor Nabila kekal tenang dan enggan cepat melatah.
Menerusi hantaran terbaharu di platform Threads, kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu tampil meluahkan perasaan seolah-olah memberi bayangan dirinya sudah lali dengan tohmahan netizen dan kini semakin kuat.
“I have walked through stroms that could have broke me and yet I am still here… calm, steady, and unshaken,” katanya.
Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada aktor, Sharnaaz Ahmad ini turut menyifatkan keperitan yang dilaluinya sebelum ini telah menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus bangkit.
“Every scar became a turning point, every fall became my fuel. One thing for sure, noise doesn’t move me because I built myself up with fire and grace.
“I have come a long way and the view only keeps getting better,” katanya.

Terdahulu, Nabila mencuri tumpuan selepas mendedahkan perbelanjaan tahunan untuk rawatan kecantikan wajahnya mencecah lebih RM140,000.
Artikel Berkaitan: Selepas Dikritik Kerana Isyarat ‘L’, Netizen Kecam Penampilan Noor Nabila… Empunya Badan Kongsi Video Bersenam Di Gym
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Kongsi Rawatan Kecantikan Wajah Melebihi RM140,000 Setahun -“Zero Makeup, All Glow!”




