“I Asked, She Said Yes” – Syed Saddiq Sah Bertunang Dengan Bella Astillah Hari Ini! | Trending – Oh! Media

“I Asked, She Said Yes” – Syed Saddiq Sah Bertunang Dengan Bella Astillah Hari Ini! | Trending – Oh! Media

Spekulasi hubungan antara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila Ahli Parlimen Muar itu mengesahkan sendiri bakal bertunang hari ini!

Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq berkongsi momen penuh makna.

I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. Allah SWT sebaik-baik perancang.”

Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq diadakan petang ini

Menurut sumber, majlis pertunangan pasangan sensasi ini dijangka berlangsung sekitar jam 3 petang di ibu negara.

Difahamkan, pasangan ini memilih untuk mengikut adat bertunang terlebih dahulu, sebelum melangkah ke fasa pernikahan dalam beberapa bulan akan datang.

Persiapan kahwin sudah bermula

Syed Saddiq Bella Astillah

Menariknya, sumber turut mendedahkan bahawa persiapan perkahwinan sudah pun dirancang, termasuk tempahan lokasi resepsi serta jurumekap berbeza untuk majlis nikah dan sanding.

Namun, tarikh pernikahan masih dirahsiakan buat masa ini.

Pssttt! Jodoh itu rahsia Allah, bila sampai waktunya semuanya jadi mudah. Doakan yang baik-baik, kerana kebahagiaan orang lain bukan untuk dipertikai tetapi diraikan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top