Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia tidak mempunyai majlis perkahwinan idaman sebaliknya dapat berkongsikan hidup dengan wanita yang disifatkan isteri impian.
Menerusi satu temu bual, Saddiq berkata dia tidak sabar menantikan hari bahagianya dengan Bella pada 10 Oktober depan.
BACA: “Saya Tak Cari Yang Sempurna, Cukuplah Seseorang Yang Setia Sampai Bila-Bila” – Bella
“Saya tidak mempunyai dream wedding, tetapi saya mempunyai dream wife. Itu yang paling penting. Sejujurnya saya tidak rasa ini satu rahsia sangat kerana perancangannya memang kita lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan terdekat.
“Cuma berita sebegini apabila sudah diluahkan, lebih mudah untuk kita kongsikan dengan sahabat-sahabat yang mungkin tidak berkesempatan untuk kita jumpa. Saya rasa lega dan tidak sabar untuk hari pernikahan kami berdua,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata kedua-dua keluarga gembira dan bekerjasama dalam persiapan majlis dan baginya restu orang tua sangat penting.
“Bella percaya YB (Syed Saddiq) seorang yang sangat family-oriented. Bagi Bella, sangat penting untuk kita kendalikan perkahwinan ini dengan restu orang tua. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga semuanya gembira dan saling bekerjasama untuk persiapan majlis perkahwinan,” katanya.
Sumber: Awani

