“I Rasa You Kepam” – Netizen Kritik Puteri Balqis Rempit Dan Selekeh, Bapa Tirinya Balas Balik! | Oh! Media

“I Rasa You Kepam” – Netizen Kritik Puteri Balqis Rempit Dan Selekeh, Bapa Tirinya Balas Balik! | Oh! Media

Dalam dunia media sosial kini, kadang kala satu komen kecil boleh mencetuskan isu besar. Itulah yang terjadi apabila seorang pengguna X membuat satu kenyataan mengenai pelakon Puteri Balqis yang katanya “selekeh” walaupun diakui sebagai pelakon yang hebat.

Individu tersebut berkata Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish mempunyai rupa paras yang cantik. Namun, penggunaan kanta lekap berwarna, rambut serta solekan tebal dikatakan tidak sesuai dengan usianya.

Puteri Balqis dikritik selekeh

puteri balqis

Luahan itu mengundang perdebatan panas apabila ramai mula ‘menyokong’ dan mengulas secara terbuka mengenai penampilan Aqish.

Perkara ini membuatkan bapa tiri Aqish iaitu @volkov_kafziel membuat ‘serangan’ balas terhadap individu tersebut.

“Cermin diri dulu sebelum kutuk anak orang”

puteri balqis

Dalam satu hantaran Instagram, @volkov_kafziel memohon individu tersebut membetulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum bercakap buruk mengenai orang lain.

Bapa tiri Aqish turut mengingatkan individu tersebut yang mempunyai anak perempuan. Sebagai seorang ibu, dia pastinya memahami perasaan apabila anak dihina secara terbuka.

Fix your makeup, fix your attitude, fix every single imperfection about you before you talk shit about Puteri.

U have a daughter. And you’re judging someone’s daughter yang takde cari gaduh dengan you langsung.

Katanya, memberi alasan Aqish sebagai seorang pelakon yang hebat bukan ‘tiket’ untuk netizen mengutuk penampilannya.

“I rasa you kepam, even lelaki lebih lawa dari you”

puteri balqis

Bapa tiri Balqis berani mati meninggalkan ulasan jujur mengenai penampilan individu itu yang dikatakan ‘kepam’.

This is my opinion as a man. I rasa you kepam. Even I lelaki, lebih lawa dan presentable than you.

Perkongsian bapa tiri tersebut turut dikongsi semula oleh Puteri Balqis di Instagram Story dengan kapsyen “The father who stepped up. The shield when I bleed” sebagai tanda penghargaan kerana mempertahankan dirinya.

Pssttt! Fuh, pedas betul serangan balas bapa tiri Puteri Balqis ni. Berani cakap Aqish selekeh ya!

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top