“Ia Bukan Lagi Tanggungjawab Saya” – Bella Astillah Enggan Masuk Campur Urusan Aliff Aziz & Ruhainies

“Ia Bukan Lagi Tanggungjawab Saya” – Bella Astillah Enggan Masuk Campur Urusan Aliff Aziz & Ruhainies

Susulan pengakuan bersalah terhadap kes khalwat bekas suaminya dan Ruhainies menemui titik nokhtah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu.

Katanya memetik laporan Harian Metro, dia tiada sebab untuk mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

“Untuk saya, apa saja keputusan mereka buat keputusan, sama ada mengaku bersalah dan sebagainya ia bukan lagi tanggungjawab saya. Semuanya saya serahkan kepaa Allah SWT.

“Perkara itu (kes khalwat) pun saya dapat tahu daripada kawan yang berkongsi mengenainya.

“Macam saya cakap mereka pun sudah ada kehidupan masing-masing. Saya hanya fokus on myself dan juga anak-anak  itu jauh lebih penting,” ulasnya.

Ketika ditanya mengenai isu tersebut membuktikan bahawa kebenaran mengenai kes khalwat sudah terbukti, Bella bagaimanapun kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Saya tidak mahu ulas lebih lanjut.

“Nanti kalau saya cakap lebih-labih takut ada yang salah cakap atau terlebih mahupun terkurang.

“Tapi apa pun saya percaya, bila kita buat baik Insyaa-Allah yang datang pun baik-baik,” katanya.

Berkongsi mengenai aktiviti sepanjangan Ramadan, pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu ini mengaku, dia kini sedang sibuk dengan komitmen kerjanya.

“Masih bekerja, cari rezeki untuk anak-anak  dan nak perbaiki man yang patutdari segi karier.

“Saya juga ada dapat beberapa tawaran, peragaan baju raya, shooting drama bersama Aniq Durar, dan saya juga akan ada lagu baru yang dicipta oleh Ade Govinda,” jelasnya.

Terdahulu, pada Khamis, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan dan  mengesahkan bahawa kes khalwat terhadap Aliff dan Ruhainies selesai selepas pasangan terbabit membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu.

Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Ruhainies atas kesalahan khalwat adalah hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman lebih berat kerana tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top