Kuala Lumpur: Agensi pelancongan tempatan, IBC Tours & Travel Sdn Bhd menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1 juta menerusi kempen “Scan & Win – Tempah & Menang Segera” sebagai sebahagian daripada usaha menghargai pelanggan sempena MATTA Fair 2025.
Pameran itu bakal berlangsung pada 5 hingga 7 September ini di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Menarik, hadiah utama berupa pakej pelancongan selama 10 hari 8 malam ke negara Eropah (London, Paris, Amsterdam, Brussel dan Switzerland) bernilai RM114,990 bakal menanti 10 pemenang bertuah.
Menurut Pengarah IBC Tours, Mohammad Rizal Narusuddin, tawaran eksklusif berkenaan sempena meraikan 30 tahun penubuhan IBC Tours & Travel Sdn Bhd dan penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong.
“Kami mahu memberikan pengalaman bermakna buat pelanggan, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak berpeluang melancong ke luar negara. Mungkin inilah masanya,” katanya.
Tambah Mohammad Rizal, menerusi kempen terbabit pembeli berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta dalam bentuk baucar perjalanan, tiket penerbangan, baucar hotel, diskaun pakej serta hadiah eksklusif lain.
Katanya, apa yang menarik, semua pembeli akan menang hadiah dan baucar tunai juga boleh digunakan untuk pembelian semasa apabila terus tolak daripada pakej percutian yang dibeli.
Bagi pelanggan yang tidak dapat hadir ke MITEC, IBC Tours turut menyediakan kempen Scan & Win secara online di laman web rasmi syarikat, www.ibctours.com bermula 25 Ogos ini.
Selepas membuat tempahan secara dalam talian, pelanggan hanya perlu mengisi butiran seperti nama dan Booking ID untuk menyertai cabutan segera.
Tambahnya, baucar diskaun turut ditawarkan secara eksklusif menerusi platform digital ini .
Sementara itu, IBC Tours adalah salah satu agensi pelancongan berlesen di bawah MOTAC dan telah beroperasi lebih 30 tahun juga dikenali sebagai penyedia pakej percutian muslim mesra pelanggan dengan destinasi popular termasuk Turkiye, Balkan, Eropah, Dubai, Korea, Jepun dan Umrah.
© New Straits Times Press (M) Bhd




