Ibrah al-Kahfi: Perihal duit dalam 4 kisah

DUITย yang pada asalnya menjadi alat transaksi dalam bermuamalat, akhirnya menjadi sebahagian dari penyebab konflik sesama manusia. Ia seiringan dengan tabiat persaingan dan kemajuan berkehendak mereka.

Apabila kita memahami antara maksud fitnah itu adalah ujian yang bersifat duniawi, maka surah al-Kahfi yang membawa mesej pedoman di zaman fitnah turut menyertakan pengajaran-pengajaran berkenaan duit.

Advertisement

Dalam surah al-Kahfi dimuatkan sebanyak empat kisah besar yang sarat dengan pengajaran. Yang lebih menarik, keempat-empat kisah itu turut menceritakan berkenaan peranan, fungsi dan kuasa duit, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Keperluan duit

Dalam kisah pertama, Allah menceritakan perihalย Ashabul Kahfiย yangย beruzlahย sebagai jalan akhir bagi memelihara iman mereka. Walaupun mereka mengambil jalan mengasingkan diri dari masyarakat, ternyataย Ashabul Kahfiย tetap menyimpan duit sebagai memenuhi syarat usaha bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Hal ini diceritakan oleh Allah. Saatย Ashabul Kahfiย bangun dari tidur yang panjang, mereka mengirimkan duit kepada salah seorang dari mereka untuk keluar ke bandar bagi membeli makanan.

Ashabul Kahfiย turut berpesan agar memanfaatkan duit itu secara berhemah. Beli makanan yang baik sahaja, agar ia mendatangkan keberkatan dalam hidup:

ููŽุงุจู’ุนูŽุซููˆุง ุฃูŽุญูŽุฏูŽูƒูู… ุจููˆูŽุฑูู‚ููƒูู…ู’ ู‡ูŽูฐุฐูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉู ููŽู„ู’ูŠูŽู†ุธูุฑู’ ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุฃูŽุฒู’ูƒูŽู‰ูฐ ุทูŽุนูŽุงู…ู‹ุง ููŽู„ู’ูŠูŽุฃู’ุชููƒูู… ุจูุฑูุฒู’ู‚ู ู…ูู‘ู†ู’ู‡ู

โ€œMaka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke bandar dengan membawa wang kamu ini dan hendaklah dia mencari mana makanan yang terbaik. Maka hendaklah dia bawa pulang rezeki tersebut untuk kamu.โ€

(al-Kahfi: 19)

Fitnah monopoli dan lobi

Dalam kisah kedua, Allah menceritakan berkenaan tabiat ketamakan manusia yang kufur nikmat. Gejala membolot semua potensi kekayaan dan menggunakannya untuk membina pengaruh kekuasaan, diceritakan melalui kisah pemilik dua kebun:

ูˆูŽุงุถู’ุฑูุจู’ ู„ูŽู‡ูู… ู…ูŽู‘ุซูŽู„ู‹ุง ุฑูŽู‘ุฌูู„ูŽูŠู’ู†ู ุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู„ูุฃูŽุญูŽุฏูู‡ูู…ูŽุง ุฌูŽู†ูŽู‘ุชูŽูŠู’ู†ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุนู’ู†ูŽุงุจู ูˆูŽุญูŽููŽูู’ู†ูŽุงู‡ูู…ูŽุง ุจูู†ูŽุฎู’ู„ู ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ูŽุง ุฒูŽุฑู’ุนู‹ุง

โ€œDan berikanlah kepada mereka satu perumpamaan mengenai dua orang lelaki. Kami jadikan bagi seorang darinya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu kami buatkan ladang.โ€

(al-Kahfi: 32)

Ayat ini menyatakan bagaimana situasi monopoli itu berlaku. Ada dua orang dan ada dua buah kebun. Tetapi yang berlaku, salah seorang darinya membolot kedua-dua buah kebun. Jika dibandingkan dengan realitiย โ€˜global wealth distributionโ€™ย hari ini pun, ternyata yang dipanggil sebagai golongan 1 peratus itu mengaut sebahagian besar dari kekayaan dunia.

Bahkan dengan kekayaan yang melimpah ruah itu, manusia yang tamak bebas untuk membina kekuasaan dan membeli pengaruh. Mereka diistilah sebagai oligarki, kapitalis dan pelobi. Sememangnya antara kekayaan dan kekuasaan itu saling berkaitan fungsinya. Hal ini diceritakan melalui dialog si kaya yang kufur nikmat itu:

ย ุฃูŽู†ูŽุง ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑู ู…ูู†ูƒูŽ ู…ูŽุงู„ู‹ุง ูˆูŽุฃูŽุนูŽุฒูู‘ ู†ูŽููŽุฑู‹ุง

โ€œAku lebih banyak harta berbanding kamu dan memiliki pengikut-pengikut yang lebih hebat.โ€

(al-Kahfi: 34)

Berhak meminta upah dan menghulur kebajikan.

Kisah ketiga Allah menceritakan perihal pengembaraan ilmu Nabi Musa bersama Nabi Khadir. Pengalaman luar biasa itu turut terselit pengajaran berkenaan mengambil upah dari keringat sendiri.

Ketika Nabi Musa dan Nabi Khadir melewati sebuah penempatan yang penduduknya sombong dan kedekut, tiba-tiba Nabi Khadir membaiki sebuah tembok yang hampir runtuh. Dalam keadaan serba letih kerana telah melalui perjalanan yang panjang, Nabi Musa menyatakan bahawa tidak salah pun jika Nabi Khadir meminta upah kepada penduduk kampung itu. Dari upah tersebut dapatlah mereka membeli keperluan untuk meneruskan perjalanan:

ู„ูŽูˆู’ ุดูุฆู’ุชูŽ ู„ูŽุงุชูŽู‘ุฎูŽุฐู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽุฌู’ุฑู‹ุง

โ€œJika kamu mahu, nescaya kamu boleh meminta upah dari kerja itu.โ€

(al-Kahfi: 77)

Namun yang menghairankan, Nabi Khadir membaiki tembok itu secara percuma. Kedua-dua sikap Nabi Allah ini benar, yang membezakannya adalah situasi. Jika dalam situasi biasa, maka kita berhak untuk meminta upah dari setiap keringat yang telah kita usahakan. Bahkan Hadis Nabi telah berpesan:

ุฃูŽุนู’ุทููˆุง ุงู„ุฃูŽุฌููŠุฑูŽ ุฃูŽุฌู’ุฑูŽู‡ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฌูููŽู‘ ุนูŽุฑูŽู‚ูู‡ู

โ€œBerikanlah kepada pekerja upahnya, sebelum kering peluhnya.โ€

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Adapun ketika bantuan kita diperlukan oleh orang yang lemah atau sedang terdesak, maka janganlah kita mengambil kesempatan terhadap kesusahannya. Bahkan perlu menghulurkan bantuan sebagai amal kebajikan.

Sikap inilah yang dipilih oleh Nabi Khadir kerana beliau tahu, tembok yang dibaikinya itu menyimpan harta anak yatim dari keluarga yang salih. Jika tembok itu runtuh kelak, dibimbangi harta anak yatim itu akan terdedah lalu menjadi mangsa penduduk kampung yang sudah sedia sombong dan kedekut.

Dalam kisah ini sekali gus mengajar kita agar jangan menilai secara pukul rata. Sungguhpun secara umumnya penduduk kampung itu sombong, namun masih ada orang baik yang tetap perlu dibantu.

Jangan bebankan rakyat dengan cukai

Dalam kisah yang terakhir, Allah menceritakan berkenaan polisi-polisi yang perlu difahami oleh para pemimpin yang adil. Ia dinyatakan melalui kisah raja yang menakluk Timur dan Barat, iaitu Zulqarnain.

Ketika meninjau rakyatnya, Zulqarnain difahamkan bahawa ada dalam kalangan rakyatnya yang perlukan pembinaan benteng untuk melindungi mereka dari ancaman Yaโ€™juj Maโ€™juj. Sekalipun bahasa mereka sukar difahami, Zulqarnain tidak menjadikan isu komunikasi sebagai alasan birokrasi untuk menyusahkan bantuan turun ke bawah.

Maka ketika mereka terharu dengan sikap Zulqarnain yang sudi menghulurkan bantuan, mereka bertanya apakah inisiatif tersebut perlu dibayar dengan cukai?

ููŽู‡ูŽู„ู’ ู†ูŽุฌู’ุนูŽู„ู ู„ูŽูƒูŽ ุฎูŽุฑู’ุฌู‹ุง ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุฃูŽู† ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ู’ ุณูŽุฏู‹ู‘ุง

โ€œMaka perlukah kami membayar sejumlah bayaran supaya kamu membuatkan benteng penghalang antara kami dan mereka.โ€

(al-Kahfi: 95)

Tawaran itu ditolak oleh Zulqarnain dengan jawapannya:

ู…ูŽุง ู…ูŽูƒูŽู‘ู†ูู‘ูŠ ูููŠู‡ู ุฑูŽุจูู‘ูŠ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ููŽุฃูŽุนููŠู†ููˆู†ููŠ ุจูู‚ููˆูŽู‘ุฉู ุฃูŽุฌู’ุนูŽู„ู’ ุจูŽูŠู’ู†ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ู’ ุฑูŽุฏู’ู…ู‹ุง

โ€œApa yang telah dianugerahkan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya sudah cukup baik. Maka bantulah aku dengan kekuatan, agar aku buatkan benteng penghalang antara kamu dan mereka.โ€

(al-Kahfi: 96)

Sikap politik yang ditunjukkan oleh Zulqarnain adalah sentiasa berusaha meringankan beban dan memenuhi keperluan rakyatnya. Pada masa yang sama, beliau tidak bermudah-mudah mengambil kesempatan lalu mengenakan pelbagai cukai yang memeras rakyatnya. Sudah pasti akhlak ini berasaskan sifat sentiasa merasa cukup (qanaโ€™ah) yang tersemat dalam jiwa seorang pemerintah yang adil.

Kesimpulan

Melalui keempat-empat kisah yang terkandung di dalam surah al-Kahfi ini, Allah mengajar bagaimana kita perlu bersikap sederhana terhadap duit. Iaitu tidak menolak keperluannya secaraย totalย dan tidak obses terhadapnya. Dalam konteks hari ini, pengajaran-pengajaran berkenaan duit sangat penting kerana sebahagian dari fitnah dunia itu dijelmakan melalui duit.

USTAZ ABDUL MUโ€™IZZ MUHAMMAD
27 Ogos 2021 โ€“ย HARAKAHDAILY 27/8/2021

Sumber Asal:ย https://www.facebook.com/100000623571778/posts/4545612165469524/

Leave a Comment