Ibu Aisyah Aziz Syukur, Terima Md Fakhrudin Amir Dalam Keluarga Dengan Doa Dan Restu | Oh! Media

Ibu Aisyah Aziz Syukur, Terima Md Fakhrudin Amir Dalam Keluarga Dengan Doa Dan Restu | Oh! Media

Syukur yang tidak terhingga! Ibu kepada selebriti Aisyah Aziz baru-baru ini berkongsi momen penuh emosi dan bermakna apabila mereka secara rasmi menerima kehadiran Md Fakhrudin Amir sebagai menantu dalam keluarga besar mereka.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Fiza Aziz, suasana penuh syahdu dan kasih sayang jelas terpancar apabila mereka sekeluarga menyambut menantu baru dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah SWT.

Ibu Aisyah Aziz luah rasa syukur

Kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hingga ke jannah.

Dalam kapsyen yang cukup menyentuh hati, Fiza Aziz turut menitipkan pesanan buat anak perempuan kesayangannya, Aisyaah Aziz. Walaupun kini berjauhan, kasih seorang ibu tetap tak pernah padam.

Walau akan berada jauh di mata, tapi pasti sentiasa dekat di hati dan dalam doa kami sentiasa.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup di Singapura dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

Berbiras dengan Neelofa

Terdahulu, selebriti popular Neelofa berkongsi rakaman video sekitar majlis pernikahan Aisyah Aziz bersama pilihan hatinya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.

Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail merupakan abang kepada pendakwah bebas, PU Riz dan merupakan abang ipar kepada Neelofa.

#ApaKataOhmedia

Doa dan restu ibu bapa adalah kunci keberkatan dalam rumah tangga. Semoga pasangan Aisyaah dan Fakhrudin terus dilimpahi kebahagiaan, saling menyayangi dan kekal hingga ke jannah. Aamiin!

Kredit: Instagram Fiza Aziz
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top