Kata-kata terakhir yang pernah dikongsi Siti Khazira Bani di Facebook kini hanya tinggal kenangan selepas terlibat dalam kemalangan tragis baru-baru ini. Sebak betul!
Menurut laporan Sinar Harian, dia bersama suaminya, Nasarudin Pardi serta anak bongsu mereka, Mariam maut dalam kemalangan jalan raya tragis ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Tiga lagi anak pasangan ini terselamat, namun masih belum sepenuhnya memahami kehilangan ibu bapa mereka.
Aidilfitri yang tidak kesampaian, terlibat kemalangan

Kakak mangsa, Nur Hafiza Bani berkata yang adiknya dan suami sudah membuat pelbagai persiapan raya untuk anak-anak mereka.
Mereka sepatutnya bergambar raya pada pagi ini, namun takdir menentukan sebaliknya.
Saya masih tidak percaya adik saya, suaminya, dan anak bongsu mereka sudah tiada.
Anak sulung dan anak kedua pasangan ini kini menerima rawatan di Hospital Kluang, manakala anak ketiga yang berusia empat tahun berada di rumah keluarga dan masih belum memahami apa yang berlaku.
Naluri seorang kakak

Nur Hafiza turut berkongsi bahawa dia berasa tidak sedap hati apabila mesej WhatsApp yang dihantar kepada arwah tidak berbalas.
Rupa-rupanya, adiknya sekeluarga terlibat dalam nahas jalan raya ketika bertolak pulang ke kampung selepas solat Isyak.
Kami selalu beraya di rumah mak dahulu, petang raya baru adik ke rumah mertua yang tinggal di taman yang sama. Malam raya pula kami akan ke rumah nenek di Pontian. Tapi kali ini segalanya berubah…
#ApaKataOhmedia
Kisah ini benar-benar menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan anak-anak yang kehilangan ibu bapa sekelip mata.
Buat mereka yang pulang ke kampung, pastikan keselamatan diutamakan dan berhati-hati di jalan raya. Tiada yang lebih penting daripada nyawa dan keluarga yang menanti kepulangan anda.
