Ibu Aktor Kanak-Kanak Mangsa S*ksual ‘Grooming’ Penyanyi Dangdut Tampil Bersuara – “Anak Saya Tak Selesa, Jangan Risau Dia Belum Di S*ntot…”

Ibu Aktor Kanak-Kanak Mangsa S*ksual ‘Grooming’ Penyanyi Dangdut Tampil Bersuara – “Anak Saya Tak Selesa, Jangan Risau Dia Belum Di S*ntot…”

Baru-baru ini, heboh di media sosial berhubung seorang penyanyi dangdut dan irama tradisional telah melakukan perbuatan seksual ‘grooming’ terhadap aktor kanak-kanak lelaki.

Susulan itu, ibu mangsa pelakon kanak-kanak lelaki itu tampil menegaskan keadaan mengatakan anaknya itu tidak selesa dan awal tidak melayan penyanyi tersebut.

“Ada juga yang nak salahkan mangsa. Jangan risau, dia (mangsa) belum disontot lagi. Anak saya memang tak selesa dan tak berapa layan pun bila penyanyi itu mesej bukan-bukan.

“Cuma anak saya dah di ‘brainwash’ yang konon orang itu sayang dia ikhlas dan perbuatan semua atas dasar sayang sebab itu anak saya balas juga mesej dia,” katanya.

Dalam masa sama, ibu mangsa juga tidak menyangka penyanyi itu berbuat demikian memandangkan dia sudah beristeri, serta seorang yang menjaga solatnya.

“Saya memang selalu periksa telefon, tetapi silap saya tak tengok mesej lelaki itu sebab terlalu percaya. Siapa sangka, penyanyi itu dah ada isteri, solat tak tinggal, depan saya memang baik macam malaikat.

“Semoga dijauhkan benda ni dari kita semua. Alhamdulillah, Allah masih jaga anak saya. Saya dapat tahu awal,” katanya.

Sebelum ini, seorang penyanyi dangdut dan irama tradisional didakwa telah melakukan perbuatan ‘sexual grooming’ terhadap seorang pelakon kanak-kanak lelaki.

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas penyanyi rap, Caprice memuat naik beberapa tangkap layar perbualan di Instagram (IG) bersama ibu mangsa yang mendedahkan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: Cium Dahi, Pipi, Hujung Bibir.. Hantar Sticker Gigit B*ntot! Penyanyi Dangdut Didakwa S*ksual ‘Grooming’ Aktor Kanak-Kanak? Ibu Mangsa Spill WhatsApp Tak Senonoh

Scroll to Top