Ibu Aliff Aziz Didakwa Toksik, Ini Respons Space Dollah – “Saya Tak Kenal Ibu Dia, Tapi Family Kami Sayangkan Bella”

Ibu Aliff Aziz Didakwa Toksik, Ini Respons Space Dollah – “Saya Tak Kenal Ibu Dia, Tapi Family Kami Sayangkan Bella”

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tampil memberi respons susulan dakwaan segelintir warganet yang melabel ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sebagai ‘toksik’, selepas didakwa menutup wajah Bella Astillah pada potret keluarganya seeprti yang tular baru-baru ini.

Menurut Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu itu apatah lagi dia tidak mengenali ibu kepada penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, menegaskan keluarganya sangat menyayangi ibu kepada dua cahaya mata itu.

“I dare not say anything on this. Saya tak kenal mak dia. Tapi saya kenal Bella.

“Dan keluarga saya sangat menyayangi dia,” katanya.

Terdahulu, Space Dollah tampil bersuara mengenai isu tular melibatkan keluarga Aliff Aziz yang didakwa sengaja menutup wajah Bella pada potret keluarganya.

Jelasnya, tindakan tersebut bukanlah dilakukan secara kebetulan melainkan ia adalah untuk tujuan pemasaran (marketing).

“Ini sudah dirancang dan cara pemasaran yang bagus. Kalau difikirkan, semua orang bercakap tentang perkara ini dan berkongsi gambar tersebut.

“Dalam dunia hari ini, perhatian itu sendiri adalah satu bentuk pemasaran,” kongsinya.

Scroll to Top