Pelakon Hairul Azreen mencuri perhatian selepas berkongsi foto bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan rakan artis lain seperti Bella Astillah, Tomok, Achey dan Sharif Zero.
Menerusi perkongsian di media sosial, suami kepada usahawan selebriti, Hanis Zalikha itu kelihatan memakai sut sedondon berona hitam.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis Hairul menerusi hantaran berkenaan.
“Dulang boys YB Syed Saddiq dan Bella Astillah.
“Penyanyi Tomok, pengacara Sharif Zero dan Achey. Persembahan magik, dari saya,” kongsinya.
Tidak habis disitu, tanda suka yang ditinggalkan oleh ibu kepada penyanyi sensasi, Aliff Aziz itu juga menyorot perhatian ramai yang kelihatan terkejut dengan tindakan tersebut.
Malah, menerusi perkongsian di TikTok, rata-rata warganet mendakwa tindakan meninggalkan tanda suka pada hantaran berkenaan dilakukan secara tidak sengaja.






