Ibu & Anak Sihat, Nabila Razali Selamat Bersalin Putera Sulung Secara Pembedahan

Ibu & Anak Sihat, Nabila Razali Selamat Bersalin Putera Sulung Secara Pembedahan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 23 Disember 2024 jam 10.01 malam tadi di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Berita itu disahkan oleh pihak pengurusan Nabila Razali Entertainment yang memaklumkan keadaan selebriti itu dan putera sulungnya seberat 3.1 kilogram berada dalam keadaan sihat.

Difahamkan, pelantun lagu Peluang Kedua itu melahirkan anaknya secara pembedahan caesar.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 32, meluahkan rasa syukur selepas selamat bersalin.

“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan, dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dengan nada penuh rasa syukur dan terharu.

Terdahulu, Nabila dan pilihan hatinya, Nik Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November tahun lalu.

Scroll to Top