Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk proses reman

Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk proses reman

harisfadli@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Mahkamah Majistret di sini, bagi permohonan reman hari ini.

Pasangan itu tiba kira-kira jam 8.50 pagi menaiki kenderaan polis sambil beberapa ahli keluarga mereka yang menanti di pekarangan mahkamah, sejak awal pagi.

Mereka kemudiannya dilihat masuk ke dalam kamar mahkamah dengan diiringi sekumpulan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kira-kira jam 9 pagi.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, pada Disember tahun lalu, ditahan polis semalam.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top