Mesti ramai yang pernah dengar kisah pelakon cilik Puteri Balqis yang jatuh sakit dulu kan? Tapi baru-baru ni, ibunya Norashikin Mohd Aziz atau Shikin buka cerita sebenar yang sangat menyentap jiwa tentang apa yang berlaku di sebalik tabir waktu Aqish tengah sakit teruk dulu.
Dalam satu sesi podcast di YouTube SembangOhhYeahh, Shikin akhirnya berani bongkarkan detik hitam hidup dia bila dia terdesak cari bantuan untuk rawat mata Aqish. Waktu tu, seorang artis veteran tiba-tiba muncul bawa tawaran bantuan daripada seorang ahli politik.
Ibu Puteri Balqis ditawarkan bantuan tanpa publisiti

Kata Shikin, waktu tu dia tengah dalam keadaan sangat terdesak dan emosi tak stabil. Tiba-tiba datang artis veteran yang kata nak bantu bawa Aqish jumpa pakar mata, siap janji tak perlu publisiti langsung.
Ketika Aqish sakit dan keadaan kami sangat terdesak, berita tentang situasinya tersebar. Ada seorang artis veteran datang berjumpa saya dan memaklumkan seorang ahli politik sanggup membantu membawa Aqish berjumpa doktor pakar.
Dia beritahu bantuan itu tak perlukan kamera atau perhatian. Saya pula benar-benar terdesak, jadi saya setuju.- Dedahnya..
Dibawa ke rumah misteri tanpa Puteri Balqis

Shikin cerita lagi, mereka berhenti di sebuah restoran mamak di Brickfields, tapi dia kemudian diminta tinggalkan Aqish dan ikut mereka ke satu rumah dua tingkat. Masa sampai je dekat rumah tu, dia terus rasa tak sedap hati.
Dekat rumah tu, hanya dia dan artis veteran je perempuan, yang lain semua lelaki. Lagi merisaukan, doktor yang dijanjikan tak muncul-muncul, tapi tiba-tiba dia disuruh ikut beberapa syarat pelik.
Antara syarat pelik tu termasuklah disuruh kahwin dengan seseorang, tak boleh jumpa anak sampai umur 21 tahun, dan dia kena duduk di rumah tu tanpa keluar jumpa sesiapa. Lagi pelik, bila ada kawan lelaki ahli politik tu dalam rumah, dia tak boleh bertudung.
Saya diwajibkan bertudung apabila keluar rumah, namun tidak dibenarkan bertudung apabila rakan-rakannya berada di dalam rumah. Saya juga tidak dibenarkan berjumpa sesiapa dan hanya perlu tinggal di rumah.- Dedahnya lagi.
Lagi mengejutkan, satu insiden tidak diingini berlaku apabila seorang lelaki masuk ke bilik dan ganggu dia. Tapi Shikin tak mahu kongsi lebih lanjut sebab terlalu perit untuk dikenang.
Rahsia disimpan bertahun-tahun

Lepas kejadian tu, dia dihantar semula ke Brickfields dan ambil semula Aqish. Setibanya di rumah, dia terus buang semua baju yang dia pakai masa kejadian sebab trauma teruk.
Benda ni hanya diketahui suami Shikin sekarang, Faris, yang simpan rahsia tu selama bertahun-tahun. Katanya, Faris sentiasa ada dengan dia waktu susah dan jadi tempat dia berlindung.
Saya hanya cerita perkara ini kepada Faris. Dia simpan rahsia itu bertahun-tahun dan hari ini baru saya berani bersuara. Faris ialah seorang sahabat yang sangat baik pada waktu itu.
Dia tidak pernah menolak untuk membantu kami, sehinggalah kami bernikah. Terima kasih kerana menjadi suami yang sangat baik, walaupun usianya jauh lebih muda.- Ujarnya.
Pssttt! Ohmedia harap kisah ni jadi pengajaran untuk korang semua. Bila tengah terdesak, jangan mudah percaya walaupun orang tu nampak ikhlas. Pastikan keselamatan diri dan anak-anak jadi keutamaan.
Kredit: YouTube
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




