Ibu Dedah Terima Surat Peguam, Anna Jobling Mahu Putuskan Hubungan Ibu Dan Anak

Ibu Dedah Terima Surat Peguam, Anna Jobling Mahu Putuskan Hubungan Ibu Dan Anak

Oh! Artis

Ariz dedah terima surat peguam yang nyatakan Anna Jobling mahu putuskan hubungan ibu-anak bila-bila masa.


Ingatkan sudah selesai, nampaknya konflik antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz kecoh lagi.

Kali ini, Ariz mendedahkan kandungan surat peguam yang diterimanya mendakwa Anna bersedia untuk memutuskan hubungan jika ibu tidak berubah.

BACA: “Terima Kasih Mama, Melahirkan Dan Membesarkan Adik” – Doa Anna Jobling Untuk Ibunya

“Semalam adik doakan mama, semalam juga mama terima surat peguam”

Ariz meluahkan rasa keliru kerana Anna baru je mendoakan dirinya pada sambutan hari lahir Anna ke 25 baru-baru ini.

Dalam hantaran itu, Anna berterima kasih kepada ibunya kerana telah melahirkan dan membesarkan dirinya.

Anna Jobling

Anna turut menyelitkan doa semoga dirinya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Namun, dia sama sekali tidak menyangka dalam masa yang sama Anna sanggup mengambil langkah drastik dengan menyatakan mahu menamatkan hubungan dengan ibunya.

Ariz tegaskan dia tetap ibu

Dalam hantaran berikutnya, Ariz turut membuat kenyataan terbuka buat Anna. Dia menegaskan dirinya bukan seperti orang sekeliling Anna yang hanya mahukan wang dan sanggup menurut segala kehendak artis itu.

Ibu Anna Jobling

Sebaliknya, sebagai seorang ibu, Ariz percaya tanggungjawabnya adalah untuk menegur dan memastikan anaknya tidak melakukan kesalahan serta menjaga akhlak sebagai seorang Muslim.

Pssttt! Kisah keluarga ini nyata penuh emosi dan membingungkan. Walau apa pun terjadi, hubungan ibu dan anak sepatutnya tidak boleh diputuskan begitu sahaja. Semoga mereka berdua menemui jalan damai dalam isu ini.

Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top