Ibu disyaki biar teman lelaki rogol anak ditahan polis

Ibu disyaki biar teman lelaki rogol anak ditahan polis

harisfadli@hmetro.com.my

Ampang: Seorang warga emas ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki merogol anak wanita itu yang berusia 13 tahun, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian rogol itu disaksikan oleh ibu kandung mangsa sendiri.

Menurutnya, mangsa melarikan diri dan melaporkan kepada polis selepas mendapat tahu perbualan antara ibunya yang mahu berjumpa dengan lelaki itu di hotel di ibu negara.

“Perbualan tersebut menunjukkan niat teman lelaki ibunya mahu merogol dan dibenarkan oleh ibu mangsa sendiri.

“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa pernah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada tahun 2024 yang disaksikan oleh ibunya sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bertindak di atas maklumat, sepasukan polis kelmarin menahan ibu mangsa, berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Katanya, teman lelaki wanita itu berusia 61 tahun yang merupakan seorang peniaga di Pandan Indah, di sini turut ditahan pada hari sama.

“Hasil ujian air kencing kedua-dua suspek dapati negatif dadah dan semakan dapati kedua suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Permohonan reman kedua suspek dan dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga 4 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

  • © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Scroll to Top