Ibu Eda Ezrin Bersyukur Anaknya Bebas Penjara Thailand

Ibu Eda Ezrin Bersyukur Anaknya Bebas Penjara Thailand

Selepas empat bulan melalui detik sukar, Eda Ezrin, suaminya Mohd Affendi Ahmad, serta empat yang lain akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba.

Keputusan itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh keluarga mereka yang tidak pernah berhenti berharap agar kebenaran tertegak.

Bagi ibu kepada Eda, Zahara Mamat, 47, keputusan tersebut adalah jawapan kepada setiap doa dan solat hajat yang dilakukan sejak anaknya ditahan.

Allahuakbar, ini berita dan keputusan yang kami tunggu selama empat bulan dan akhirnya Allah tunjukkan kebenaran.- Katanya penuh sebak.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah gagal melawat anaknya setiap minggu dan sentiasa berdoa agar keputusan berpihak kepada mereka.

Hari ini berkat Ramadan, doa saya akhirnya dimakbulkan dan saya sebagai ibu begitu gembira dengan keputusan ini.

Sepanjang empat bulan saya fokus kepada kes Eda dan tidak mampu tidur lena memikirkan dia berada di dalam penjara. Namun hari ini saya mampu pulang dengan hati yang tenang.- Katanya.

Mahkamah bebaskan Eda Ezrin & lima lagi selepas meneliti keterangan saksi…

Terdahulu, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan Eda Ezrin, suaminya Mohd Affendi Ahmad serta empat yang lain selepas dua panel hakim meneliti semua keterangan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berlangsung.

Antara individu yang turut dibebaskan ialah Mohamad Alif Deraman, Nur Aida Mamat, Erdeka Mohd Noor, dan Zuhaira Nasrin. Keputusan ini menamatkan penantian panjang mereka yang sejak 1 November tahun lalu berdepan dengan pertuduhan memiliki dadah.


Scroll to Top