Oh! Artis
Tersasul “adik Kak Long”, ibu Fattah Amin buat netizen tertanya tentang hubungan anak dengan Amira Othman.
Hubungan rapat antara Fattah Amin dan Amira Othman bukan lagi sesuatu yang asing di kalangan peminat. Mana tidaknya, setiap kali mereka muncul bersama, sama ada dalam gambar atau video, pasti akan jadi bualan ramai.
Terbaru, tular satu video pendek di TikTok ibu Fattah, Azizah Abdul Ghani, sedang menjual koleksi tudungnya secara langsung bersama dua anak perempuannya.
Tapi yang buat netizen tersentak dan mula ‘berteka-teki’ adalah apabila Puan Azizah secara tak sengaja menyebut sesuatu yang cukup menarik perhatian.
“Penat adik-adik kak long, abang long ni…”- Azizah Abdul Ghani.

Dalam video tersebut, ibu Fattah dilihat sedang mempromosikan tudung miliknya dan beliau tersasul menyebut perkataan “adik Kak Long” sambil merujuk kepada Fattah dan seorang lagi individu yang dipercayai Amira Othman.
Bagi sold out. Penat adik-adik kak long (Amira), abang long (Fattah) ni.
Walaupun mungkin kedengaran seperti gurauan atau spontan, ramai yang menganggap ‘tersasul’ itu bukan satu kebetulan. Malah ada yang percaya mungkin hubungan antara Fattah dan Amira lebih daripada sekadar kawan biasa.
Netizen terhibur tapi dalam masa sama, kuat mengorek!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan momen itu, malah ramai yang mula ‘menggali’ petunjuk dan membuat spekulasi mengenai status sebenar hubungan dua selebriti tersebut.
Ada juga yang berpendapat Puan Azizah sudah ‘merestui’ secara halus hubungan mereka. Namun setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Fattah atau Amira sendiri.
Pssttt! Kadang-kadang satu perkataan kecil boleh jadi punca besar orang ‘terbaca antara baris’. Tapi apa-apa pun, kita sebagai peminat kenalah hormat privasi artis. Nak bergurau boleh, tapi jangan sampai melampau atau terlalu mendesak. Kalau betul ada jodoh antara Fattah Amin dan Amira Othman, kita doakan yang baik-baik je. Kalau tak pun, hubungan persahabatan pun satu anugerah yang berharga, kan?
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!