am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Gajah betina seakan ‘meratapi’ kematian anaknya selepas dilanggar sebuah lori di Lebuhraya Gerik-Jeli semalam, kini sudah kembali ke hutan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, berkata karkas anak gajah jantan itu juga sudah ditanam.
“Ibu gajah sudah kembali ke hutan. Kami berharap dia bertemu semula kumpulannya.
“Karkas anak gajah itu juga sudah dikebumikan,” katanya hari ini.
Semalam, tular sebuah video yang memaparkan seekor gajah dewasa menunggu lebih lima jam di sisi karkas anaknya yang tersepit di bawah lori.
Ibu gajah itu dilihat cuba menolak kenderaan berkenaan dengan kepalanya dalam usaha menyelamatkan anaknya yang dianggarkan berusia lima tahun.
Pihak Perhilitan terpaksa bertindak memberikan ubat pelali kepada ibu gajah selepas ia enggan berganjak dari sisi anaknya lebih lima jam, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
© New Straits Times Press (M) Bhd