Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkongsikan video memaparkan pelakon dan pelawak veteran, Sathia kini sedang menjalani rawatan kesihatan di Hospital Ampang.
Menerusi hantaran itu, pelakon dan pelawak itu sedang menerima rawatan akibat jangkitan kumpada pada ibu jari kaki kirinya.
“Dapat sahaja tahu tentang Sathiya, saya terus bergegas ke hospital dari parlimen untuk ziarah beliau.
“Ibu jari kaki kiri kena kuman dan perlu dipotong, kalau tidak boleh kena jangkitan pada badan,” katanya.
Dalam video berkenaan, Sathia sempat bergurau mengatakan dirinya masih sihat dan mampu bermain bola sepak.
Seorang jururawat turut berkongsikan pelakon itu terpaksa berpuasa kerana mengalami tekanan darah tinggi.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati melihat nasib pelawak yang pernah menceriakan zaman kanak-kanak mereka serta mendoakan agar Sathia cepat sembuh.