Ibu Kepada Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Sendiri

Ibu Kepada Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Sendiri

Oh! Tidak

Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan didapati bersalah mengabaikan anaknya oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ismanira Abdul Manaf, 30, bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan, dua tahun lalu. Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes mereka.

Ismanira sebelum ini dituduh bersama suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, kerana didakwa mengabaikan anak mereka sehingga boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Ibu Zayn Rayyan boleh dipenjara maksimum 20 tahun…

Zayn rayyan ibu ohmedia

Kesalahan itu dilaporkan berlaku di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berdekatan apartment berkenaan, antara jam 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.

Kes ini dikendalikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Suami dibebaskan, isteri tampil membela diri…

Zayn Rayyan

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri, manakala suaminya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama pada 21 Julai lalu.

Ismanira memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, dengan diwakili barisan peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. Sementara itu, pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.

Pssttt! Kisah ini jadi peringatan untuk kita semua supaya jangan ambil mudah tanggungjawab sebagai ibu bapa. Setiap anak, tak kira siapa pun mereka, berhak dapat kasih sayang dan penjagaan yang sempurna. Bila lalai walau sekejap, kesannya boleh menghantui seumur hidup. Jaga amanah yang Tuhan bagi, korang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top