Ibu penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah menafikan dakwaan anaknya itu sudah berbaik dan bakal rujuk kembali dengan bekas isterinya, aktres Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Hafizah atau Fiza Aziz memuat naik tangkap layar memaparkan foto Aliff dan Bella berpelukan, selain kapsyen bertulis mengatakan mereka sudah berbaik dan bakal rujuk.
Meskipun kesal aktor itu sekali lagi terkait fitnah, namun Fiza berkata dia sudah memaafkan individu yang memuat naik paparan tersebut di media sosial.
“Alhamdulillah, Allahumma Barik pada media viral atas fitnah terbaru ini, kami maafkan. Semoga anda sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah.
“Percayalah bahawa dosa fitnah itu adalah salah satu dosa yang sangat-sangat berat. Tidak berbaloi buat anda di akhirat nanti, fikir-fikirkanlah.. Wallahualam,” tulisnya.

Terdahulu, Bella memaklumkan bekas suaminya sudah lama tidak menghubungi anak-anaknya, Ayden dan Ara semenjak berpisah.
Untuk rekod, Bella pernah berkahwin dengan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Namun, Bella sah bercerai dengan Aliff di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.




