Ibu Mangsa Kes CEO Batu Akhirnya Bersuara, Tiada Niat Sekat Sumber Rezeki Pelaku | Oh! Media

Ibu Mangsa Kes CEO Batu Akhirnya Bersuara, Tiada Niat Sekat Sumber Rezeki Pelaku | Oh! Media

Tular di TikTok baru-baru ini, ibu kepada mangsa dalam kes hangat melibatkan CEO Batu tampil memberikan penjelasan berhubung tindakannya mendedahkan isu tersebut kepada umum.

BACA: Penahanan CEO Batu, Polis Kongsi Hasil Siasatan Awal

Menerusi video yang dimuat naik, wanita ini menegaskan bahawa niatnya bukan untuk menjatuhkan sumber rezeki pelaku.

Ibu mangsa tiada niat sekat rezeki pelaku

ceo batu

Ujarnya, segala kesan yang berlaku terhadap kerjaya pelaku termasuk pembatalan kontrak atau penarikan semula sebarang bentuk kerjasama adalah keputusan pihak pengurusan masing-masing.

Sebelum timbul sebarang spekulasi tidak benar, wanita ini menegaskan dia hanya mahu memperjuangkan hak dan keadilan untuk anak yang menjadi mangsa.

Saya harap semua faham yang saya takde niat langsung untuk memberi kesan kepada sumber rezeki si pelaku. Niat saya cuma mahu perjuangkan hak keadilan untuk anak saya, segala kontrak atau apa-apa punca rezeki pelaku yang ditarik atau dibatalkan adalah atas keputusan pihak pengurusan mereka sendiri.

Doa agar keluarga lain tak alami perkara sama

ceo batu

Beliau sempat meluahkan rasa syukur kepada semua yang memberikan sokongan dan mendoakan agar tiada lagi keluarga lain yang perlu melalui pengalaman pahit sebegitu.

Terdahulu, wanita ini menjelaskan anaknya bertukar nombor telefon dengan influencer berkenaan di atas alasan kolaborasi.

Tapi lain pula yang jadi apabila mesej yang dihantar bukanlah mengenai kerja atau kolaborasi seperti yang diperkatakan.

Pssttt! Kita perlu sedar, keadilan bukan soal dendam, tapi soal perlindungan masa depan generasi. Jangan sesekali ambil mudah bila melibatkan isu gangguan terhadap anak di bawah umur.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top