Ibu kepada pelakon Memey Suhaiza iaitu Norlela Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor, pada jam 2.49 pagi tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh Norman Hakim memaklumkan ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami serangan strok.
BACA: “Ini Merupakan Tahun Kedua…” – Norman & Memey Buat Kejutan Bawa Staf Tunai Umrah
“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi, Allahyarhamah Norlela Abdul Rahman, kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, jam 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi selepas mengalami strok,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Norman turut memohon orang ramai serta kenalan untuk mendoakan kesejahteraan roh ibu mentuanya.
“Kami sekeluarga memohon jasa baik keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali Allahyarhamah agar dapat sama-sama mendoakannya.
“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.




