Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab Malam

Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab Malam

Susulan kemelut antara Anna Jobling dengan ibunya, Ariz Arop, ada segelintir netizen mengungkit kembali kemenangan diraih Haneesya Hanee yang ditarik balik susulan kontroversi di kelab malam.

Menerusi sesi live malam tadi, ada netizen bertanyakan kepada ibu Anna mengenai dakwaan bahawa anaknya menyebarkan video Haneesya itu.

BACA: “Anna Ni Memang Budak Yang Baik” – Kak KM Sebelahi Anna Jobling

@ebi52171

mak anna sendiri pun cakap bukan Anna yg sebar pasal video lama dulu tu. kenapa semua nak kena kaitkan isu Anna & mak dia yg skrg dgn isu masa zaman DR tu? aku bukanlah pembenci Anna, and takdela minat beria. biasa2 je. tapi tengok komen kaitkan isu anna skrg dgn kes 4-5 tahun lpas tu macam kelako kejap ? #annajobling

? original sound – Ebi521 – Ebi521

Menjawab pertanyaan netizen itu, Ariz menafikan dakwaan anaknya menyebarkan video tersebut sebaliknya ada orang lain yang melakukannya. 

“Aunty tak tahu. Aunty tak rasa anak aunty yang sebarkan video tu, ada orang lain. 

“Kalau you tanya betul ke Anna yang sebarkan video Haneesya tu, setahu aunty Anna tak sebarkan video, ada orang lain yang sebarkan,” katanya.

Sampai ke situ netizen petik kembali, apa pun isu tersebut sudah lama berlalu dan berharap kemelut antara Anna dan ibunya dapat diselesaikan dengan baik.


Scroll to Top