Susulan isu panas membabitkan Shila Amzah dan seorang penyanyi legenda, ibu kepada Shila iaitu Fauziah Sarman tampil mengulas dan berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan secara damai.
Menurut laporan Harian Metro, Fauziah berkata yang dia hanya mengetahui kejadian itu melalui laporan media dan berharap agar tiada tindakan undang-undang diambil kerana individu tersebut adalah orang tua yang patut dihormati.
Saya harap isu itu dapat diselesaikan secara baik kerana ia ibarat bapa dengan anak.
Saya ada beritahu Shila, kalau boleh selesaikan isu itu secara baik dan di luar sahaja… kita pun tak tahu ‘mood’ dan situasi dihadapinya ketika kejadian.
Shila Amzah disokong penuh ibu walau apa pun keputusan

Sebagai ibu, Fauziah berkata dia tetap menyokong apa sahaja tindakan atau keputusan yang bakal diambil oleh anaknya itu.
Apapun, sebagai ibu saya tetap menyokong apa sahaja keputusan yang akan dibuat Shila nanti.
Ketika ditanya sama ada Shila mempunyai masalah terdahulu dengan penyanyi legenda terbabit, Fauziah menegaskan hubungan anaknya dengan semua rakan industri sentiasa baik.
Setahu saya, Shila mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang dalam industri seni.
Sudah buat laporan polis

Sebelum ini, Shila Amzah telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda ketika mereka sama-sama terlibat dalam satu acara di Stadium Merdeka.
Perkara tersebut menjadi hangat selepas Shila memuat naik kenyataan di Instagram Story yang kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan warga industri hiburan.
Pssttt! Kadang kala dalam dunia hiburan yang penuh tekanan, salah faham boleh berlaku. Namun, menyelesaikannya dengan cara berhemah jauh lebih mulia berbanding membuka aib sesama sendiri. Hormat, sabar, dan bijak bertindak adalah kunci utama.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.