Ibu Shila Amzah Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang

Ibu Shila Amzah Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mengakui sedang berkenalan dengan seseorang namun bukan jejaka bergelar ustaz seperti yang didakwa.

Memetik mStar Online, Fauziah berkata memang ada seseorang di dalam hati serta meminta orang ramai untuk mendoakan buat dirinya.

BACA: Kisah Curang POV Ibu Sendiri, Lagu Baru Shila Amzah Buat Ramai Tersentuh

“Memang ada yang di dalam hati dan rapat, tapi soal jodoh ini saya tidak tahu. Mengenai ustaz itu saya tak tahu nak cakap apa sebab tuan badan sendiri pun tak tahu. Mungkin sekadar gosip saja tu,” katanya.

Sementara itu, Fauziah mengakui ada beberapa lelaki mendekati sejak dia kembali solo namun lebih selesa dianggap sebagai rakan berbaul dan bukan sebagai kekasih.

“Tidak dinafikan ada beberapa individu yang cuba mendekati tapi bukan sebagai kekasih. Bila sudah kenal, kita anggap macam abang angkat dan kawan saja. Bukan maksud saya menolak individu itu cuma mungkin belum ada kesesuaian sekarang,” katanya.

Meskipun rumah tangga yang dibina selama 34 tahun gagal, bagaimanapun Fauziah berkata dia tidak pernah serik untuk kembali mendirikan rumah tangga. 

“Saya tak pernah serik untuk kembali berumah tangga. Lebih-lebih lagi sebagai manusia biasa kita semua nak hidup berteman. Anak-anak, terutama Shila selalu sarankan cari peneman. Anak-anak tiada masalah kalau saya kahwin lagi. Mereka nak tengok saya bahagia,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top