Ibu Shila Amzah Bakal Kahwin Dengan Duda

Ibu Shila Amzah Bakal Kahwin Dengan Duda

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan lelaki berstatus duda selepas dua tahun bercerai.

Memetik Harian Metro, Fauziah berkata dia terbuka hati untuk berkahwin lagi selepas bertemu dengan duda berkenaan yang disifatkan seorang yang baik dan penyayang.

BACA: Ibu Shila Amzah Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang

“Kami sudah berkawan selama beberapa bulan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang baik dan penyayang serta tahu sebahagian suka duka hidup saya.

“Sebagai orang dewasa, kita menjalin hubungan yang matang berbeza ketika zaman muda dahulu. Si dia juga mempunyai pekerjaan tetap dan ada ‘bisnes’ sendiri,” katanya.

Sementara itu, Fauziah berkara keluarga merestui hubungan merek, malah Shila gembira kerana dia sudah bertemu kebahagiaan selepas berdepan episod duka sebelum ini.

“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak termasuk semua anak-anak saya.

“Shila juga sudah bertemu dengannya dan beritahu dia turut gembira bila dapat tahu saya sudah temui kebahagiaan dalam hidup sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Fauziah berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai identiti jejaka tersebut serta tarikh pernikahan namun merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

“Insya-Allah, soal jodoh adalah urusan Allah SWT. Jika semuanya berjalan lancar, kami rancang untuk berkahwin pada tahun ini.

“Saya akan kongsi berita baik itu bila sampai masanya nanti. Saya mohon semua doakan yang terbaik,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top