Ibu Siti Jamumall Dedah Aiman Tergamak Lafaz Cerai 7 Kali Dalam Setahun! | Trending – Oh! Media

Ibu Siti Jamumall Dedah Aiman Tergamak Lafaz Cerai 7 Kali Dalam Setahun! | Trending – Oh! Media

Trending

Ibu Siti Jamumall dakwa Aiman lafaz cerai 7 kali dalam setahun!


Kisah rumah tangga usahawan popular, Siti Jamumall dan suaminya Aiman Tak Kesah terus jadi perhatian apabila ibu kepada Siti, iaitu Norizan Jaaffar mendedahkan bahawa Aiman telah melafazkan cerai sebanyak 7 kali dalam masa setahun!

Menerusi perkongsian di TikTok, Norizan meluahkan kekesalannya terhadap sikap Aiman yang didakwanya tergesa-gesa dalam membuat keputusan besar melibatkan perkahwinan.

Kalau nak dihitung, 7 talak Aiman bagi dekat Siti dalam setahun. Sebagai mak, saya amat kesian pada Siti. Sarat sangat dah, tunggu masa saja.

Aiman cerai ketika Siti Jamumall hamil, lepas rujuk diceraikan lagi

Paling menyedihkan, Norizan turut memaklumkan bahawa Siti diceraikan ketika hamil 3 bulan dan kemudiannya diceraikan semula ketika kandungannya mencecah 5 bulan selepas mereka sempat rujuk selama seminggu.

Konon cakap sayang, atau ada udang di sebalik batu?

Tambah Norizan, mereka sekeluarga kini serah sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan status rumah tangga anaknya.

Cerai live di TikTok!

Aiman

Untuk rekod, Aiman menceraikan Siti secara langsung di TikTok, dan kejadian itu menjadi tular serta mengundang pelbagai reaksi warganet. Ini merupakan kali kedua pasangan itu berpisah selepas pernah rujuk sebelum ini.

Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4. Siti dan Aiman kemudian bernikah di Satun, Thailand pada Jun 2023.

Pssttt! Perkahwinan bukan bahan mainan. Lafaz talak bukan untuk dijadikan modal konten atau dibiar keluar sesuka hati. Hormati ikatan suci dan nilai kasih sayang yang ada.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top