Pelakon Janna Nick pernah menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah sekitar tahun 2018 lalu.
Bagaimanapun, tahun ini pemilik nama Nurul Jannah Muner itu mengulangi sekali lagi detik bersejarah dengan menghadiahkan sebuah lagi kereta mewah yang lebih besar buat ibu tercinta!
“Ingat kan 2018 I pernah bagi mama hadiah kereta jugak? Kali ini tukar lain sebab last time I surprise kereta tapi bukan mama yang pilih.
“Tu pilihan sendiri, so lesson learned, nak beli hadiah better bawa orang tu pilih sendiri. Jangan panda-pandai pilihkan dengan niat nak surprise,” tulis Janna di ruangan kapsyen.
Difahamkan lagi, kereta baru itu merupakan pilihan ibunya sendiri manakala sebelum ini, pelakon berusia 26 tahun terbabit yang memilih kereta tersebut sendiri tanpa pengetahuan ibunya.
Sebab itulah, ibunya tidak berapa puas hati dengan kenderaan terbabit. Betul juga pendapat Janna itu, surprise benda mewah ni kena beritahu si penerima, risau bila beli tak suka pula.
Perkongsian Janna itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut memberikan ucapan tahniah kepada anak-beranak berkenaan.
Sumber: Intagram Janna Nick