Ibu kepada Anna Jobling iaitu Ariz Arop berkata dia meluahkan rasa bahagia apabila anaknya menitipkan doa buatnya sempena ulang tahun kelahiran pelakon itu.
Malah, Ariz berkata bukan sahaja dia malah ribuan peminat anaknya turut membaca hantaran Anna itu yang turut mendoakan agar dia dilindungi Allah.
BACA: “You All Ingat I Anj*ng Ke?” – Ibu Tegur Peguam Anna Jobling

Bagaimanapun, ibunya keliru kerana dia turut menerima surat daripada peguam anaknya dimana kandungan surat itu ada menyebut Anna bersedia untuk memutuskan hubungan mereka secara kekal.
“Tapi, semalam juga surat dari peguam adik yang mama terima dengan jelas menyebut adik pada bila-bila masa sudah bersedia untuk memutuskan secara kekal hubungan antara adik dan mama sekiranya mama tak berubah,” katanya.
Sementara itu, dalam satu hantaran lain, Ariz turut menitipkan nasihat buat Anna bahawa sebagai ibu dia akan memberi teguran jika anaknya membuat kesilapan serta berpesan supaya tidak sombong.
“Mama adalah ibu kamu. Mama akan terus tegur atas segala salah laku kamu, akhlak kamu dan akidah kamu sebagai seorang Islam.
“Jangan sombong, jangan bongkak, semua orang boleh tinggalkan kamu sekelip mata satu hari nanti, tapi bukan seorang ibu,” katanya.